Wednesday 15 February 2012

Ciri-ciri Puteri Renjer


Ahli Pandu Renjer Puteri 
Pandu Puteri Renjer terdiri daripada seorang gadis yang berumur antara 16 hingga 18 tahun. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi ahli Pandu Puteri Tunas atau Pandu Puteri Remaja dikehendaki mengikuti program Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer.
Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri dikehendaki mengikuti program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer.

Unit Pandu Renjer Puteri 
Jumlah minimum bilangan ahli ialah lapan (8) orang dan maksimum ialah 36 orang. Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Renjer sebaik-baiknya diadakan sekali seminggu. Setiap Pasukan Pandu Puteri Renjer melantik seorang Ketua Pasukan sebagai saluran perhubungan antara Pemimpin dengan semua Pandu Puteri Renjer dalam Pasukan Pandu Puteri Renjernya.

Persetiaan Renjer Puteri
Sama seperti Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer juga mempunyai cogan kata yang berbunyi ‘Selalu Sedia - Terus Berkhidmat’. Mereka juga harus berpegang teguh kepada Persetiaan Pandu Puteri yang telah ditetapkan iaitu:-
“Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa, dan, Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri.”

Undang-Undang Renjer Puteri
  1. Pandu Puteri Renjer boleh dipercayai.
  2. Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan setia.
  3. Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain.
  4. Pandu Puteri Renjer bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri Renjer yang lain.
  5. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersopan santun.
  6. Pandu Puteri Renjer melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar.
  7. Pandu Puteri Renjer sentiasa menurut perintah.
  8. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan.
  9. Pandu Puteri Renjer sentiasa berjimat cermat.
  10. Pandu Puteri Renjer suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Pakaian Pandu Puteri Renjer
  1. Blaus hijau muda berlogo lengan panjang
  2. Skaf biru tua
  3. Woggle
  4. Flashes bahu
  5. Lambang Negeri
  6. Lencana Dunia
  7. Lencana Pelantikan Pandu Puteri
  8. Seluar panjang biru tua
  9. Stoking hitam
  10. Kasut hitam

Tuesday 14 February 2012

Misi,Visi dan History

Misi Renjer Puteri


To enable girls and young women to develop their fullest potential as responsible citizens of the world




Visi Renjer Puteri
We are a growing worldwide Movement - the voice of girls and young women who influence issues they care about and build a better world



History

Persatuan Pandu Puteri Malaysia (PPPM) ditubuhkan secara rasminya pada tahun 1917 apabila ia didaftarkan di Calcutta tetapi Pusat Pentadbiran ialah di Singapura, sehingga tahun 1956. 


Sejak tahun 1957, Ibu Pejabat Kebangsaan Persatuan Pandu Puteri Malaysia terletak di Wisma Pandu Puteri, Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur.Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai komitmen melahirkan golongan remaja wanita dan wanita dewasa yang berkaliber melalui penerapan ilmu, kemahiran dan nilai kepanduan demi kepentingan nusa, bangsa dan masyarakat sejagat.Persatuan Pandu Puteri Malaysia bertujuan menjadi sebuah organisasi yang dinamik dan efektif untuk remaja dan wanita dewasa. 


Persatuan Pandu Puteri Malaysia akan menonjolkan imej yang selari dengan program berkualiti yang menyediakan remaja dan wanita dewasa hari ini untuk menjadi pemimpin berwibawa hari esok. Persatuan Pandu Puteri Malaysia menyediakan program kepanduan yang bercorak pendidikan bukan formal. Pelaksanaan program bukan formal ini mementingkan perkaedahan yang fleksibel, ceria dan aktif untuk memenuhi kehendak dan keperluan remaja wanita dan wanita dewasa Malaysia.

Matlamat PENDIDIKAN BUKAN FORMAL yang berkualiti ialah “Jerih, Rapi, Kaitan dan Hubungan”. Persatuan Pandu Puteri Malaysia mempunyai matlamat untuk memantapkan tahap kejerihan dan kerapian dalam program dan aktiviti, menjadikan program dan aktiviti kepanduan relevan kepada kehidupan seharian ahli Pandu Puteri dan boleh digunakan untuk manfaatnya pada masa hadapan, serta memupuk perhubungan baik antara Pandu Puteri, dewasa dan remaja. Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.

PROGRAM KEPANDUAN yang digubal untuk ahli adalah berdasarkan Undang-undang Pandu Puteri yang bertujuan supaya seseorang ahli :

Boleh dipercayai 

Sentiasa taat dan setia
Suka menolong orang lain
Bersahabar dengan semua orang dan Pandu Puteri yang lain
Sentiasa bersopan santun
Sentiasa melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar
Sentiasa menurut perintah
Bersemangat dan bergembira walaupun dalam kesulitan
Sentiasa berjimat cermat
Suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.

Asas program kepanduan terdiri daripada empat komponen iaitu perkembangan diri, sahsiah dan intelek; minat dan hobi; gaya hidup sihat; dan khidmat. Program kepanduan juga menekankan empat elemen utama iaitu perkembangan jasmani, emosi, kerohanian dan kognitif.

Untuk mencapai tujuan murni ini, didikan dan latihan untuk ahli adalah melalui PROGRAM KEPANDUAN yang mengutamakan sistem kumpulan (Patrol System) yang menjadi ciri utama pergerakan kepanduan seluruh dunia.