Wednesday 15 February 2012

Ciri-ciri Puteri Renjer


Ahli Pandu Renjer Puteri 
Pandu Puteri Renjer terdiri daripada seorang gadis yang berumur antara 16 hingga 18 tahun. Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang pernah menjadi ahli Pandu Puteri Tunas atau Pandu Puteri Remaja dikehendaki mengikuti program Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer.
Seorang bakal Pandu Puteri Renjer yang tidak pernah menjadi ahli Pandu Puteri dikehendaki mengikuti program Pra Persetiaan Pandu Puteri dan Pra Pelantikan Pandu Puteri Renjer sebelum dilantik sebagai Pandu Puteri Renjer.

Unit Pandu Renjer Puteri 
Jumlah minimum bilangan ahli ialah lapan (8) orang dan maksimum ialah 36 orang. Perjumpaan Pasukan Pandu Puteri Renjer sebaik-baiknya diadakan sekali seminggu. Setiap Pasukan Pandu Puteri Renjer melantik seorang Ketua Pasukan sebagai saluran perhubungan antara Pemimpin dengan semua Pandu Puteri Renjer dalam Pasukan Pandu Puteri Renjernya.

Persetiaan Renjer Puteri
Sama seperti Pandu Puteri Remaja, Pandu Puteri Renjer juga mempunyai cogan kata yang berbunyi ‘Selalu Sedia - Terus Berkhidmat’. Mereka juga harus berpegang teguh kepada Persetiaan Pandu Puteri yang telah ditetapkan iaitu:-
“Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia, dengan sedaya upaya, Menunaikan kewajipan saya kepada Tuhan, Raja dan Negara saya Malaysia, Menolong orang setiap masa, dan, Mematuhi Undang-Undang Pandu Puteri.”

Undang-Undang Renjer Puteri
  1. Pandu Puteri Renjer boleh dipercayai.
  2. Pandu Puteri Renjer sentiasa taat dan setia.
  3. Pandu Puteri Renjer suka menolong orang lain.
  4. Pandu Puteri Renjer bersahabat dengan semua orang dan Pandu Puteri Renjer yang lain.
  5. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersopan santun.
  6. Pandu Puteri Renjer melindungi haiwan dan memelihara alam sekitar.
  7. Pandu Puteri Renjer sentiasa menurut perintah.
  8. Pandu Puteri Renjer sentiasa bersemangat dan bergembira walaupun dalam masa kesulitan.
  9. Pandu Puteri Renjer sentiasa berjimat cermat.
  10. Pandu Puteri Renjer suci dalam fikiran, perkataan dan perbuatan.
Pakaian Pandu Puteri Renjer
  1. Blaus hijau muda berlogo lengan panjang
  2. Skaf biru tua
  3. Woggle
  4. Flashes bahu
  5. Lambang Negeri
  6. Lencana Dunia
  7. Lencana Pelantikan Pandu Puteri
  8. Seluar panjang biru tua
  9. Stoking hitam
  10. Kasut hitam

No comments:

Post a Comment